Asal Tapak Sekolah : Tanah Lebai Mahmud dan Lebai Yusuf
Peristiwa Pembinaan Sekolah
Pembinaan sekolah ini adalah hasil daripada cadangan En.Osman Mat Isa, Tn Haji Adam dan En Husin Md Amin.
Pada mulanya, pihak Jabatan Pelajaran Perlis tidak bersetuju dengan tapak sekolah yang dicadangkan kerana tapak itu adalah hak milik orang cina dan mereka bimbang pada suatu hari nanti, pemilik Cina itu akan menuntut haknya atas tapak berkenaan apabila selesai pembinaan sekolah nanti.
Dengan saranan dari pihak jabatan pelajaran, En Osman Mat Isa dan rakan-rakannya berusaha mendapatkan tanah kepunyaan Lebai Mahmud dan Lebai Yusuf. Lebai Mahmud kemudiannya mewakafkan tapak miliknya selama 6 tahun. Akhirnya sekolah pun dapat dibina dan bilangan murid pada hari pertama persekolahan ialah 82 orang.
Selepas 6 tahun, Lebai Mahmud meminta wang sewa. Sekolah pada masa itu, menghadapi masalah kewangan. Satu mesyuarat pun diadakan dan keputusan mesyuarat itu hendak membeli terus tapak milik Lebai Mahmud.
Tapak tersebut dibeli dengan harga RM60.00 (nilai pada masa itu). Perbelanjaan membeli tapak itu adalah hasil kutipan wang daripada ibu bapa murid yang sedang belajar di sekolah ini sebanyak RM10.00. Baki daripada kutipan dapatlah dibeli alat-alat lain untuk kegunaan sekolah.
Tokoh yang memainkan peranan dalam pembinaan sekolah ini di antaranya ialah :
1.En Osman Mat Isa, Kpg Alor Tok Terang
2.En Hamid ibrahim, Kpg Alor Tok Terang
3.En Osman Mat Amin, Kpg rembang
4.lebai Saman Mat
5.En Harun Daman, Kpg Panggau
6.En Awang Yusuf, Kpg Telaga Idi
7.Lebai Man Lebai ibrahim, Kpg Tok kuning
8.En Chik Kassim, Kpg Tok Kuning
9.En Ali Arsyad, Kpg Titi Tok Bandar
10.En Ismail Ahmad, Kpg Telaga Idi
11.En Man Yusuf, Kpg Telaga Idi
12.En Husin Md Amin
13.Tuan Haji Hassan, Kpg Telaga Idi
14.En Omar Hamzah, Kpg Telaga Idi
15.En Osman Abdullah, Kpg Telaga Idi
16.En Putih Haji Adam, Kpg Titi Tok Bandar
17.Tuan Haji Adam, Kpg Titi Tok Bandar
18.En Osman Haji Mat, Kpg Telaga Idi
Nama Guru-guru Besar:
1.En Abu Bakar b. Md Saman 1940 - 1944
2.En Mahmud b. Man 1944 - 1945
3.En Jaafar b. Mohamad 1945 - 1949
4.En Md Ali b. Abu Bakar 1949 - 1953
5.En Mahmud b. Abu Bakar 1953 - 1957
6.En Ali b. Ahmad 1957 - 1959
7.En Hassan b. Saad 1959 - 1966
8.En Zainuddin b. Hj. Md Nor 1966 - 1967
9.En Husin b. Chik Jan 1967 - Dis 1967
10.Tn Syed Hussain b. Tn Khan 1968 - 1980
11.En Tahrim b. Ghazali 1980 - 1982
12.En Idris @ Deris Daud 1982 - 1987
13.Pn Hasnah bt Osman Jan 1988 - Dis 1988
14.Tn Hj Ku Mahmood b. Ku Ismail Jan 1988 - 31 Nov 1992
15.En Mohd Ramli Youb Jan 1992 - 31 Nov 1993
16.En Ishak 1993 - 1999
17.En Rahalim 1999 - 2001
18.Pn Zainap bt Sulaiman 2001 - 2003
19.Pn Inson bt Ahmad 2003 - Jun 2006
20.Tn Hj Abd Karim b. Omar Jun 2006 - Okt 2006
21.Tn Hj Nur Khalim b. Abu Bakar Nov 2006 - 15 September 2010
22.En.Husni bin Hussain - 16 November 2010 - 30 November 2010
23.Pn Rokiah bt Khalid - 1 Disember 2010 - sekarang...
22.En.Husni bin Hussain - 16 November 2010 - 30 November 2010
23.Pn Rokiah bt Khalid - 1 Disember 2010 - sekarang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan